Rabu, Julai 7

sebuah dialog ,,,

    now, kita bace satu dialog yg boleh memberikan satu kesedaran kpd kita, bahawa apa yg dibualnya itu ada benarnya ... ^.^




Datang dua orang lelaki, pertengahan umur duduk di sebelah. Sambil membuka kasut, mereka berbicara.  "Kau tahu mengapa kita perlu sembahyang?" tanya lelaki pertama. 

  "Sebab kita orang Islam, sebab itu kita perlu, malah wajib sembahyang," jawab lelaki kedua yang sedang meletakkan stoking ke dalam kasutnya.
  "Tetapi sekiranya yang bertanya itu orang bukan Islam dan kau jawab begitu, mereka boleh faham? Agaknya mereka faham maksud 'wajib'?" soal lelaki pertama tadi.
  Lelaki kedua hanya diam. Menggeleng.
  "Apabila kita jawab begitu kepada orang bukan Islam, mereka cakap, kalau wajib, mengapa ramai lagi orang Islam yang tidak solat? Masa tu kau nak jawab apa?" lelaki pertama menambahkan pertanyaannya.
  Lelaki kedua tadi menggeleng. Lelaki pertama menyambung, "Kita solat sebab, pertamanya memanglah ianya wajib. Kedua, sebab mahu mengambil kesempatan daripada sifat Allah yang maha mengasihani dan maha menyayangi."
 "Maksud kamu?"
 "Solat itu sebenarnya adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya kerana dalam solat, Allah memberikan pahala, ketenangan, rezeki, keampunan, kesihatan dan banyak lagi.  Semuanya dikumpulkan dalam satu. Antara yang penting, solat boleh jadi pendinding manusia daripada melakukan dosa dan kejahatan," terang lelaki pertama dengan panjang lebar.
 Lelaki kedua menganggukkan kepalanya,kemudian berkata, "Tetapi saya tidak fikir orang bukan Islam faham dengan jawapan kamu. Lebih kurang dengan jawapan saya tadi."
  "Kalau kita cakap macam itu sahaja, memang mereka tidak faham. Malah orang Islam pun tidak faham. Perlu ada penutup atau kesimpulannya."
  "Jadi, ape kesimpulannya?"
  "Kesimpulannya,solat ini wajib kerana memang naluri semulajadi manusia, mencari kebaikan. Jadi Allah buatkan dalam solat ini ada pelbagai kebaikan untuk manusia. Bermakna dengan solat, kita juga memenuhi naluri semulajadi manusia itu. Dan orang Islam yang tidak solat rugi kerana mereka tidak mengikut naluri semulajadi mereka," terang lelaki pertama lagi."
   "Mengapa kau rasa jawapan kau itu betul?" soal lelaki kedua sambil menyingsing lengan baju kemejanya.
  "Sebab biasanya orang Islam sekarang lebih suka menggunakan logik daripada menggunakan dalil dalam al-Quran. Apatah lagi orang bukan Islam. Jadi hujah logik itu perlu, asalkan ia tepat dan tidak menyimpang daripada ajaran Islam itu sendiri."
  "Bagi saya, logik itu selari dengan Islam sebab Islam itu logik. Apabila ada orang yang mengatakan ajaran dalam Islam itu tidak logik kerana melanggar hukum akal manusia seperti ada hidup selepas mati, maka hukum akal manusia yang mereka gariskan itu yang sebenarnya tidak logik. Mana boleh menjadikan sesuatu yang logik. Cuma cabaran kita sebagai umat Islam adalah membuktikan ajaran Islam ini logik dan membuktikan hukum akal manusia terutama golongan athles itu tidak logik."

.....................................................................

etu lah yang dibicarakan oleh dua hamba Allah dalam dialog ini. mungkin dalam kehidupan kita ni kita lalai dan alpa tentang sesuatu itu. tetapi, kita tidak patut lupa atau alpa tentang tanggungjawab kita terhadap Allah s.w.t. 

.......   


Solat... ia adalah salah satu rukun Islam. tanpa solat, maknanya kita berkemungkinan boleh menjadi syirik. selain itu, kita xkn mendapat keredhaan dari Ilahi.

marilah kita bertegur dan ingat mengingati antara yang lain :)


p/s: xde kaitan yang hidup n maty ^.^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan