Ahad, September 26

betul tak ?

* Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.


* Orang yang bijak mempelajari sesuatu, ia akan lebih banyak ilmu daripada musuhnya.


* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkataan iaitu USAHA.


* Ketika di timpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan :)



* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak mengejar nama dan pangkat.


* Manusia tanpa ilmu umpama rumah tanpa tingkap.


* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan kapal yang besar.


* Tiada hadiah yang lebih  berharga daripada nasihat yang baik :)


* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.


* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.


* Berdoa dan meminta bukan perkara yang sama.


* Kegagalan adalah permulaan bagi kejayaan.


* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian dan cita-cita :)






So... kita sebagai manusia, tidak akan pernah selalu di atas. Ada kalanya, kita akan rebah juga. Walaupun kita tidak pernah memikirkan untuk jatuh. So, ingatlah. Orang yang lemah tidak akan lemah sentiasa. Jika dia memikirkan perkara yang positive dan memandang ke depan, ke arah yang lebih jauh. Dia akan berjaya sepertimana berjayanya orang yang berjaya :) huhu ~~


sekian ~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan